::.i.D.B.M.S HELPdesk & Response Team.::

Monday, February 9, 2009

Program Pemantapan Kepimpinan Berpasukan (PeKeB'08)

Program Pemantapan Kepimpinan Berpasukan 2008 (PeKeb 08) Kolej Komuniti Zon Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ini merupakan projek yang dianjurkan oleh Sekreteriat Penyelaras JPP Peringkat Kolej Komuniti Zon Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Tempat : Dusun Eco Resort, Pahang
Tarikh : 19 - 21 Oktober 2008
Peserta : 120 pelajar JPP dan 21 penyelaras







Program ini juga dianjurkan sebagai salah satu platform untuk melatih pelajar menjadi pemimpin yang mampu memimpin dan memberi kerjasama kepada institusi pengajian mereka secara khususnya. Kolej Komuniti yang menjadi agenda kerajaan sebagai hub institusi pengajian sepanjang hayat seharusnya menjadi peluang dan ruang kepada masyarakat merebut peluang ilmu yang ditawarkan. Maka dengan itu, kualiti masyarakat akan meningkat dan pelaburan yang telah kerajaan sediakan tidak sia-sia.




Program ini melibatkan pelajar Kolej Komuniti dari Zon Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebagai satu cara untuk memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka disamping memantapkan pelajar dengan kemahiran berkomunikasi di antara rakan sepejuangan.





Kolej Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Segamat 2 Johor telah dilantik sebagai urusetia bersama bagi menganjurkan Program PeKeB ini. Kerjasama yang amat baik juga diberi oleh Jawatankuasa kecil dari Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Melaka dan Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (SPKK) dalam menjayakan program ini.



Kesimpulan
Program Permantapan Kepimpinan Berpasukan 2008 (PeKeb 08) Kolej Komuniti Zon Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, ini diharap akan menjadi platform kepada hubungan erat dikalangan pelajar yang terlibat. Segala aktiviti yang memfokuskan kepada kecergasan diri dan aktiviti lasak dapat menyediakan pelajar yang mampu bersaing dari segi mental dan fizikal dan melatih mereka bergerak dalam pasukan dan menjadi pemimpin yang mampu memimpin. Semoga usaha yang akan direstui ini mampu melahirkan modal insan yang boleh menjanakan negara dalam segala bidang ke tahap optimum.


Dilaporkan oleh : Anies (KK Jelebu) | edit : admin

Print this post

Related Posts by Categories



2 comments:

Anonymous 2/17/2009 04:39:00 PM  

gambar ke lapan...calon suami mithali...

Azizol Duralim 2/17/2009 05:12:00 PM  

betul3..tender dibuka sekarang...

Post a Comment

:: Post Terkini ::

About This Blog

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP