::.i.D.B.M.S HELPdesk & Response Team.::

Monday, February 9, 2009

Kem Ukhwah & Personaliti Diri di Nur Lembah Lenggong, Perak

Anjuran : Kolej Komuniti Bentong
Tempat : Nur Lembah Lenggong, Perak.
Tarikh : 15 Hingga 18 November 2008
Masa : 8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam (4 Hari 3 Malam)
Bil Peserta : 90 Orang

Mengikut pepatah melayu “kepimpimpinan melalui teladan” yang menghuraikan tentang penerapan sifat untuk menjadi pemimpin yang baik, dihormati dan disegani dengan mempunyai personaliti diri. Maka buat julung kalinya Kolej Komuniti Bentong KPTM dengan kerjasama Kolej Komuniti KPTM Zon Timur menganjurkan Kem Kem Ukhwah & Personaliti Diri bagi melahirkan pemimpin-pemimpin muda sebagai pelapis warisan Negara yang beretika, berakhlak dan berdaya saing dalam menerajui sesebuah institusi. Mereka inilah yang bakal menggalas cabaran dalam dunia realiti di masa akan datang. Pada masa yang sama dapat mempertahankan jati diri tanpa goyah oleh desakan sekeliling.


Objektif :
• Menjalinkan ukhwah antara JPP kolej komuniti yang terlibat.
• Memberi pendedahan kepada ahli JPP Kolej Komuniti KPTM Zon Timur dalam menganjurkan program peringkat Zon .
• Meningkatkan kerjasama di antara Kolej Komuniti Bentong KPTM dengan kolej Komuniti KPTM Zon Timur.
• Menerapkan sifat kepimpinan kepada ahli JPP Kolej Komuniti KPTM Zon Timur.
• Memberi pengalaman kepada JPP Kolej Komuniti KPTM Zon Timur dalam menghadapi cabaran-cabaran di era ini.
• Mendidik ahli JPP Kolej Komuniti KPTM Zon Timur menjadi peminpin yang berakhlak mulia.

Hari Pertama (15 November 2008-Sabtu)
Hari pertama , ketibaan peserta dari kolej masing-masing dari Kolej Komuniti Zon Timur ke Kem Nur Lembah Lenggong ,Perak untuk sesi pendaftaran. Peserta ditempatkan di dorm Putera (peserta lelaki) dan dorm Puteri ( peserta perempuan). Program bermula dengan aktiviti kerohanian dan LDK 1 iaitu sesi ice-breaking dengan tajuk ( Play Power of 1st Impression), sementara pegawai pengiring di beri taklimat oleh penganjur. Program tamat pada pukul 11.00 malam.

Hari Kedua (16 November 2008- Ahad)
Program bermula seawal jam 5.00 pagi untuk aktiviti Qiamulail dan seterusnya aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah dan tazkirah. Sebelum bersarapan pagi,peserta menyertai aktiviti senam pagi sebagai aktiviti riadah pada pagi tersebut. Kemudian program tersebut di teruskan dengan LDK 2 hingga LDK 3 iaitu “Image of the Toolbox” dan “Spiderweb” serta aktiviti yang melibatkan komunikasi 2 hala yang dinamakan “ The Importance of Communication”. Selepas minum petang aktiviti di teruskan dengan aktiviti berkumpulan yang dinamakan “Rescue Ranger” yang mengandungi mesej kepimpinan di dalamnya. Selepas Solat & Ceramah pada waktu malam, aktiviti di teruakan dengan aktiviti “ Night Talks” yang membolehkan peserta berbincang tentang sesuatu isu. Aktiviti tamat pada pukul 11.00 Malam.

Hari Ketiga (16 November 2008- Isnin)
Permulaan hari ketiga di teruskan dengan aktiviti ceramah ilmu dan seterusnya LDK 5 & 6 yang lebih mencabar iaitu “ Save The Eggs” dan “Flying Fox” mengambil tempat untuk menguji keberanian peserta merentasi sungai. Program berakhir pukul 11.00 malam selepas aktiviti persembahan dalam “ Malam Kebudayaan” yang di jayakan sepenuhnya oleh peserta mengikut kumpulan masing-masing.

Hari Keempat (16 November 2008- Selasa)
Hari terakhir program ini diteruskan lagi dengan aktiviti “ Telematch” yang menguji kepintaran para peserta untuk mengingat dan berfikir bagi menyelesaikan masalah. Seterusnya sesi Refleksi mengambil tempat bagi meluahkan perasaan, idea dan cadangan sepanjang menjalani aktiviti-aktiviti yang di jalankan di samping ia dapat menjalinkan ukhwah sesama JPP Zon Timur untuk bertukar-tukar idea di masa hadapan. Majlis penutup di sempurnakan oleh En. Wan Ajrul Asward Bin Wan Hashim (Pegawai Hal Pelajar Kebajikan dan Data) selaku wakil pengarah dari Kolej Komuniti Bentong. Semua peserta bertolak dari Nur Lembah Lenggong, Perak ke kolej masing-masing pada pukul 3.00 Petang.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif serta matlamat yang ditetapkan. Ini kerana pelajar telah menunjukkan perubahan dan peningkatan berbanding sebelumnya. Selain itu, sambutan daripada para pelajar juga amat menggalakkan kerana kapasiti peserta yang telah ditetapkan telah dapat dipenuhi oleh para pelajar yang telah menyertainya.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya semua pelajar dapat berkongsi input dan idea yang ada untuk dipraktikan di masa hadapan. Bagi memantapkan lagi perlaksanaan program seperti ini, pengisian program boleh ditambahbaikan lagi dengan slot yang sedia ada dengan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar

Disediakan oleh : JK Pengajur | edit : admin

Print this post

Related Posts by Categories



1 comments:

Azizol Duralim 2/09/2009 02:24:00 AM  

salam...minta pada JK Penganjur...hantar gambar2 menarik semasa program berlangsung

leh hantar ke email yahoogroups kita k..

tahniah dan terima kasih...

Post a Comment

:: Post Terkini ::

About This Blog

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP