::.i.D.B.M.S HELPdesk & Response Team.::

Thursday, November 19, 2009

Terima Kasih semua

Sempena 'persaraan' hik3 bukan bersara cuti sementara sambung belajar jer..apa yang saya tulis dibawah ini adalah sebagai ucapan terima kasih saya kepada semua pihak..

;)


salam..

Saya dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 penyelaras, Majlis HEP (KD) serta pegawai2 daripada Bahagian Kebajikan Pelajar yang dahulu dan kini, Tn Hj Wan (dulu) Tn Hj Zul (kini) , Kak Intan dan Kak Suhaila (dulu) dan Kak Azilah serta Tn Zaidi (kini) atas kepercayaan, kerjasama dan semangat setiakawan dalam menjalankan tugas tanpa paksa / rela / tanpa imbuhan / atas minat menggerak/mengaktifkan dan merealisasikan objektif SEKRETARIAT PENYELARAS JPP KEBANGSAAN, Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Pada saya masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam memperkasakan sekretariat ni walaupun mungkin kita diantara yang kehadapan (berbanding 'abg' kita Politeknik, dalam mewujudkan sekretariat seperti ini).


Penyelaras JPP Zon Utara (ketika itu) menyediakan draft penubuhan SPJPP Utara


Secara peribadi, hasrat saya dan rakan diperingkat wilayah utara tercapai dengan penubuhan sekretariat ini. Usaha dan kerja keras utk menubuhkan Sekretariat Penyelaras JPP wilayah utara (utk dijadikan benchmark ke araj penubuhan SPJPP (Kebangsaan)) sejak tahun 2006 akhirnya dengan izin tuhan berjaya juga. Nama2 seperti En Abdul Rahim Hashim (x Peg Pengambilan KKKB) banyak menjadi pencetus idea dan pembakar semangat saya dan kawan2 dalam merealisasikan penubuhan SPJPP ini.


Berdiri : saya, Ust Fadhil (Arau), En Hasnul (Byn Baru), En.Anuar (Arau)
Duduk: Cik Amy (Darulaman), Pn Norawatif (Kepala Batas), Pn Azreena (Sg Petani), Cik Syarina (Byn Baru), Cik Syariza (Kepala Batas)
(tiada dalam gambar ; Pn Siti Salmah (Sg Petani: wakil Peg Pengambilan)


Akhirnya kami, penyelaras SPJPP diperingkat wilayah utara berkampung di Hotel EDC UUM untuk menyediakan draft penubuhan SPJPP yang mana pada masa itu fokus kepada wilayah utara serta ke arah penubuhan SPJPP Kebangsaaan. Sebab pada saya, kami perlu buktikan secara realistik, keperluan dan kepentingan tertubuhnya SPJPP seperti ini.


Majlis penyerahan Kertas cadangan Penubuhan JK SPJPP Zon Utara disempurnakan oleh wakil Peg Pengambilan Arau ketika itu, En Zainuddin bersama pegawai-pegawai pengambilan zon utara


Seterusnya, ketika Mesyuarat Pegawai Pengambilan lewat tahun 2006, di Hotel Quality, Kuala Lumpur menyaksikan penyampaian dokumen cadangan penubuhan sekretariat kepada wakil Pengarah Bahagian Pengambilan iaitu Ust Shahidi. Untuk makluman ketika itu HEP (KD) masih duduk di bawah bahagian yang sama.



Ahli Jawatankuasa pelaksana daripada kalangan penyelaras dan aktivis pelajar daripada Zon Utara bergambar kenangan


Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat sekretariat ini, berlangsunglah buat kali pertamanya program Kem Kepimpinan Ukhwah Perdana peringkat kebangsaan kali pertama di Kuala Kangsar, Perak atau lebih tepat lagi di Kem Intan Suraya. Maka di situ menjadi titik tolak dan sejarah ke arah penubuhan SPJPP peringkat Kebangsaan.


Terima kasih kepada Tn Hj Wan di atas sumbangan idea dan sokongan yang diberikan




Selamat datang kepada Tn Hj Zulkifli Bin Ariffin selaku Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar yang baru


Moral support terutama daripada pemangku Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar ketika itu, Tn Hj Wan Muhamad Nasir serta mastermind bersama Cik Intan Junizah dan Pn Suhaila dan wakil MHEP (En Rahim, Mr Robert, En Zali, En Afzan) serta kawan2 daripada penyelaras JPP KK seluruh Malaysia mengambil kesempatan dan ruang masa yang ada ketika berlangsungnya kem tersebut membuat sesi diskusi, brainstorming, LDK dalam menyediakan draft penubuhan SPJPP Kebangsaan dan menetapkan hala tujunya.


Pembentukan JK SPJPP kebangsaan buat kali pertama


Rupanya bukan mudah dan senang dalam menggerakkan JK seperti ini, apatah lagi ianya cadangan daripada peringkat bawah dan hendak di tunjolkan di atas (tidak seperti tertubuhnya MASKOM). Apatah lagi bila memikirkan bajet (besar harapan semasa itu, bajet dapat di turunkan secara khusus atas sekretariat dan JPP di kolej2 seluruh Malaysia).


Mesyuarat penyediaan dan pemohonan Bajet bagi aktiviti 2009 yang dijalankan di Kuala Terengganu pada tahun 2008


Alhamdulillah...usaha teman-teman dalam SPJPP akhirnya membuahkan hasil apabila sejak 2008 dan baru nie pada 28 Nov 2009 dijemput untuk sama2 menyediakan bajet bagi keperluan aktiviti-aktiviti pelajar dan juga peningkatan ilmu dan pengetahuan penyelaras JPP menerusi kursus dan latihan.


Pada saya, sekretariat ini juga mendapat pengiktirafan bilamana kita juga diperuntukkan bajet bagi menjalankan mesyuarat SPJPP Kebangsaan sebanyak 2 kali setahun. Dengan adanya mesyuarat seperti ini, insyallah kita akan dapat menyusun dengan lebih baik aktiviti dan perjalanan operasi sekretariat.

Walaubagaimana pun, seperti yang saya maksudkan di awal tadi, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dalam memperkasakan SPJPP ini agar penubuhan ini memberi manafaat kepada kita semua terutama dalam membentuk jatidiri, sahsiah serta kepimpinan pelajar kita. Beberapa skop yang mungkin saya dapat gariskan disini untuk dipertimbangkan pada masa hadapan :-

1. Penyediaan garis panduan pelaksanaan aktiviti/program pelajar.
ini cukup penting agar kita ada garis panduan, had batasan, etika ketika menjalankan program pelajar. Garis panduan ini merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas menjalankan program agar ianya selari dengan ketetapan undang2 peraturan sedia ada malah lebih penting menepati kehendak syariah agar apa yang kita usahakan mendapat keberkatan dan redha daripada Nya.

2. Mewujudkan JK Khas Penasihat Syariah
Kita tidak mahu menjadikan matlamat menghalalkan cara. Jesteru dengan itu, kita harus mempunyai JK ini yang akan menjadi badan penasihat kepada kita secara lebih telus dan profesional.

3. Mewujudkan dan menjalinkan kerjasama dengan institusi lain diperingkat Kebangsaaan mahupun antarabangsa.

4. Mempromosikan SPJPP serta JPP dalam menaikkan imej Kolej Komuniti.

5. Menjalankan aktiviti pelajar berbentuk ala-apprentice serta menjalankan Pilihanraya kampus secara serentak.

Akhir kata, saya dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf, sekiranya sepanjang penglibatan saya ada yang tidak senang, terasa hati dengan saya. Saya telah cuba yang terbaik dan semampu yang saya boleh dan kekurangan itu atas kelemahan dan kekurangan diri saya.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua (dan mungkin ada nama2 yang tidak saya sebutkan diatas)...



Saya yakin dan percaya dengan kepimpinan JK yang baru serta sokongan daripada MHEP serta Bahagian Kebajikan Pelajar, JPKK, sekretariat kita akan lebih cemerlang lagi di masa hadapan.

terlalu banyak kenangan serta banyak yang dipelajari ketika kita bersama, semoga ianya menjadi kenangan abadi serta jalinan ukhwah yang kekal berpanjangan..


Sekian, terima kasih


salam ikhlas...salam ukhwah..salam 1 malaysia...




AzizolBinDuralim | AzreenaBintiAziz
x SPJPP (Kebangsaan & w.Utara)
191109@05.24am




Klik utk baca seterusnya-->Terima Kasih semua

Tuesday, November 17, 2009

Projek 2010 : UpeK 3 Jelajah Borneo

Mempromosikan Kolej Komuniti serta menjalinkan dan mempekukuhkan integarasi kaum diantara pelajar semenanjung dengan penduduk Sabah Sarawak (Borneo) adalah objektif utama dalam perancangan dan pelaksanaan Program Ukhwah Perdana Kebangsaan, JPP, Kolej Komuniti untuk tahun 2010.


Projek ini juga diharapkan dapat menrealisasikan gagasan 1 Malaysia yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri kita...

Program ini dirancang selama 8 hari 7 malam bermula daripada Kolej Komuniti Kuching, Sarawak dan akan berkapung di destinasi terkahir di Kolej Komuniti Tawau, Sabah dan akan melalui jalan darat.


Program peringkat kebangsaan nie akan digerak usaha bersama JK SPJPP (Kebangsaan) dengan kerjasama JK SPJPP Wilayah Borneo, Bahagian Kebajikan Pelajar, JPKK. Penglibatan pihak Kerajaan Negeri dan agensi2 kerajaaan yang lain akan diperincikan kemudian.

Progam ini bukan progrma penjelajan semata mata tatpi dengan matalamat menonjolkan Kolej Komuniti kepada Malaysia serta pengisian aktiviti-aktiviti bersifat komuniti seperti khidmat masyarakat, prgram sumabangan kemahiran, pelaksaanaan kursus2 pendek dan sebagainya.

Perjalanan akan bermula daripada KK Kuching sehingga sempadan Sabah di Lawas dan akan melalui beberapa peringkat (stage)

Stage 1 (Kuching - Mukah) | 463 km – about 6 hours 45 mins


View Larger Map


Stage 2 (Mukah - Miri) | 332 km – about 4 hours 40 mins


View Larger Map


Stage 3 (Miri - Sipitang ) | (akan melintasi Brunei Darulsalam)


View Larger Map


Stage 4 (Sipitang - Kota Kinabalu) | 260 km – about 4 hours 0 mins


View Larger Map



Stage 5 (Ranau - Tawau) | 441 km – about 6 hours 59 mins


View Larger Map


Semoga program yang akan melibatkan penyertaan dan konvoi yang seramai 150 peserta daripada seluruh Malaysia akan memberi manafaat dan impak khususnya kepada Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.

Ada cadangan ?? komen kat bawah ya...




Klik utk baca seterusnya-->Projek 2010 : UpeK 3 Jelajah Borneo

Tuesday, November 10, 2009

Templete Laporan Program

Perhatian kepada Floor Manager dan SU Program Pelaksana agar dapat memberi maklumbalas berkaitan dengan program/aktiviti yang telah dijalankan samada diperingkat kolej, wilayah mahupun kebangsaan.

Mohon kerjasama utk melengkapkan borang dibawah sebaik sahaja tamat sesi aktiviti / postmortem ..(walaubagaimana pun laporan postmortem boleh hantar kemudian)

Klik pada hyplerlink ini... [Templete Laporan Program]


Sekian, terima kasih




Klik utk baca seterusnya-->Templete Laporan Program

Ukhwah Perdana Kebangsaaan 2



Program Ukhwah Perdana Kebangsaan 2 (U-pek 2) telah selamat melabuhkan tirainya pada 09 November 2009.

Program dengan tema 'Jalinan Komuniti Mesra Masyarakat' dengan konsep khidmat masyarakat telah dijayanya di Perkampungan Kuala Tahan, Pahang Darul Makmur dengan kerjsama erat daripada pelbagai agensi seperti Pejabat Adun Kuala Tahan, Pejabat Daerah, Agensi-agensi kerajaan, JKKK serta dikendalikan bersama Sekreatriat Penyelaras JPP Wilayah Timur, Sekretariat Penyelaras JPP Kebangsaan dan Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.

Nantikan laporan penuh program ini nanti..









Klik utk baca seterusnya-->Ukhwah Perdana Kebangsaaan 2

Wednesday, October 14, 2009

Pilihanraya JPP Kepala Batas

Salam sejahtera..alhamdulillah JPP Kepala Batas dapat menjalankan proses pilihanraya dengan jayanya...

Proses yang dikendalikan sepenuhnya oleh 'Suruhanjaya Pilihanraya Kolej' yang dipengerusikan oleh Pegawai Kebajikan Dan Disiplin, En Anwar Bin Pa dan Pengarah Pilihanraya oleh En Muhd Suhairi Bin Mohd Shariff selaku Penyelaras JPP KKKB.


Proses yang dijalankan meliputi penamaan calon, kempen, hari mengundi, kiraan undi dan pengumuman pilihanraya..

Boleh lah lihat foto-foto sepanjang proses pilihanraya berlangsung....


Poster calon-calon yang bertanding


semakan daftar pemilih yang telah disahkan oleh SPR kampus.


Petugas SPR Kampus sedang menjalankan tugas


Pemilih sedang menunaikan tanggungjawab.


Pengarah Pilihanraya Kampus




Klik utk baca seterusnya-->Pilihanraya JPP Kepala Batas

Monday, October 12, 2009

Program KEPINSAN 2009

salam Sejahtera..

Program KEPINSAN (Kem Kepimpinan Bersama Institusi Latihan 2009) telah dijalankan dengan jayanya pada 09 Oktober 2009 hingga 11 Oktober 2009 bertempat di Pusat KO-Q, Bukit Piatu, Melaka.

Nantikan laporan penuh program ini yang telah dijayakan secara bersama oleh JK Pelaksana Program, Sekretariat Penyelaras JPP Wliayah Negeri Sembilan/Melaka dan Sekretariat Penyelaras JPP Kebangsaan dengan kerjasama Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.









Klik utk baca seterusnya-->Program KEPINSAN 2009

Tuesday, June 9, 2009

Sambutan Hari Pensyarah KKMG



Pada 15 Mei 2009 (Jumaat) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah mengadakan sambutan Hari Pensyarah untuk meraikan 20 orang pensyarah KKMG.



Program ini telah diurus dan dilaksanakan sepenuhnya oleh JPP dan AJK Kecil yang telah dilantik khas bersempena dengan sambutan hari tersebut. Sambutan yang ringkas namun amat bermakna ini telah berlangsung dengan meriahnya dengan ucapan khas daripada Yang Di-Pertua JPP, Saudara Ahmad Sywawal bin Sapiee dan juga persembahan dikir barat daripada Kelab Kebudayaan KKMG. JPP dan AJK juga telah membuat kejutan kepada para pensyarah dengan memberi beberapa anugerah kepada pensyarah. Di antara anugerah yang telah diberikan kepada para pensyarah ialah:
  • Anugerah Pensyarah Paling Macho - dimenangi oleh Encik Adi Amin

  • Anugerah Pensyarah Paling Sporting - dimenangi oleh Encik Redza Ieskandaar

  • Anugerah Pensyarah Paling Jelita


Sambutan telah diakhiri dengan upacara memotong kek Hari Pensyarah yang telah diketuai oleh YDP.

Kek Hari Pensyarah yang ditaja oleh semua pelajar KKMG










Klik utk baca seterusnya-->Sambutan Hari Pensyarah KKMG

:: Post Terkini ::

About This Blog

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP