::.i.D.B.M.S HELPdesk & Response Team.::

Tuesday, June 9, 2009

Sambutan Hari Pensyarah KKMG



Pada 15 Mei 2009 (Jumaat) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah mengadakan sambutan Hari Pensyarah untuk meraikan 20 orang pensyarah KKMG.



Program ini telah diurus dan dilaksanakan sepenuhnya oleh JPP dan AJK Kecil yang telah dilantik khas bersempena dengan sambutan hari tersebut. Sambutan yang ringkas namun amat bermakna ini telah berlangsung dengan meriahnya dengan ucapan khas daripada Yang Di-Pertua JPP, Saudara Ahmad Sywawal bin Sapiee dan juga persembahan dikir barat daripada Kelab Kebudayaan KKMG. JPP dan AJK juga telah membuat kejutan kepada para pensyarah dengan memberi beberapa anugerah kepada pensyarah. Di antara anugerah yang telah diberikan kepada para pensyarah ialah:
  • Anugerah Pensyarah Paling Macho - dimenangi oleh Encik Adi Amin

  • Anugerah Pensyarah Paling Sporting - dimenangi oleh Encik Redza Ieskandaar

  • Anugerah Pensyarah Paling Jelita


Sambutan telah diakhiri dengan upacara memotong kek Hari Pensyarah yang telah diketuai oleh YDP.

Kek Hari Pensyarah yang ditaja oleh semua pelajar KKMG







Print this post

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

:: Post Terkini ::

About This Blog

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP