::.i.D.B.M.S HELPdesk & Response Team.::

Thursday, November 19, 2009

Terima Kasih semua

Sempena 'persaraan' hik3 bukan bersara cuti sementara sambung belajar jer..apa yang saya tulis dibawah ini adalah sebagai ucapan terima kasih saya kepada semua pihak..

;)


salam..

Saya dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 penyelaras, Majlis HEP (KD) serta pegawai2 daripada Bahagian Kebajikan Pelajar yang dahulu dan kini, Tn Hj Wan (dulu) Tn Hj Zul (kini) , Kak Intan dan Kak Suhaila (dulu) dan Kak Azilah serta Tn Zaidi (kini) atas kepercayaan, kerjasama dan semangat setiakawan dalam menjalankan tugas tanpa paksa / rela / tanpa imbuhan / atas minat menggerak/mengaktifkan dan merealisasikan objektif SEKRETARIAT PENYELARAS JPP KEBANGSAAN, Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Pada saya masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam memperkasakan sekretariat ni walaupun mungkin kita diantara yang kehadapan (berbanding 'abg' kita Politeknik, dalam mewujudkan sekretariat seperti ini).


Penyelaras JPP Zon Utara (ketika itu) menyediakan draft penubuhan SPJPP Utara


Secara peribadi, hasrat saya dan rakan diperingkat wilayah utara tercapai dengan penubuhan sekretariat ini. Usaha dan kerja keras utk menubuhkan Sekretariat Penyelaras JPP wilayah utara (utk dijadikan benchmark ke araj penubuhan SPJPP (Kebangsaan)) sejak tahun 2006 akhirnya dengan izin tuhan berjaya juga. Nama2 seperti En Abdul Rahim Hashim (x Peg Pengambilan KKKB) banyak menjadi pencetus idea dan pembakar semangat saya dan kawan2 dalam merealisasikan penubuhan SPJPP ini.


Berdiri : saya, Ust Fadhil (Arau), En Hasnul (Byn Baru), En.Anuar (Arau)
Duduk: Cik Amy (Darulaman), Pn Norawatif (Kepala Batas), Pn Azreena (Sg Petani), Cik Syarina (Byn Baru), Cik Syariza (Kepala Batas)
(tiada dalam gambar ; Pn Siti Salmah (Sg Petani: wakil Peg Pengambilan)


Akhirnya kami, penyelaras SPJPP diperingkat wilayah utara berkampung di Hotel EDC UUM untuk menyediakan draft penubuhan SPJPP yang mana pada masa itu fokus kepada wilayah utara serta ke arah penubuhan SPJPP Kebangsaaan. Sebab pada saya, kami perlu buktikan secara realistik, keperluan dan kepentingan tertubuhnya SPJPP seperti ini.


Majlis penyerahan Kertas cadangan Penubuhan JK SPJPP Zon Utara disempurnakan oleh wakil Peg Pengambilan Arau ketika itu, En Zainuddin bersama pegawai-pegawai pengambilan zon utara


Seterusnya, ketika Mesyuarat Pegawai Pengambilan lewat tahun 2006, di Hotel Quality, Kuala Lumpur menyaksikan penyampaian dokumen cadangan penubuhan sekretariat kepada wakil Pengarah Bahagian Pengambilan iaitu Ust Shahidi. Untuk makluman ketika itu HEP (KD) masih duduk di bawah bahagian yang sama.



Ahli Jawatankuasa pelaksana daripada kalangan penyelaras dan aktivis pelajar daripada Zon Utara bergambar kenangan


Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat sekretariat ini, berlangsunglah buat kali pertamanya program Kem Kepimpinan Ukhwah Perdana peringkat kebangsaan kali pertama di Kuala Kangsar, Perak atau lebih tepat lagi di Kem Intan Suraya. Maka di situ menjadi titik tolak dan sejarah ke arah penubuhan SPJPP peringkat Kebangsaan.


Terima kasih kepada Tn Hj Wan di atas sumbangan idea dan sokongan yang diberikan




Selamat datang kepada Tn Hj Zulkifli Bin Ariffin selaku Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar yang baru


Moral support terutama daripada pemangku Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar ketika itu, Tn Hj Wan Muhamad Nasir serta mastermind bersama Cik Intan Junizah dan Pn Suhaila dan wakil MHEP (En Rahim, Mr Robert, En Zali, En Afzan) serta kawan2 daripada penyelaras JPP KK seluruh Malaysia mengambil kesempatan dan ruang masa yang ada ketika berlangsungnya kem tersebut membuat sesi diskusi, brainstorming, LDK dalam menyediakan draft penubuhan SPJPP Kebangsaan dan menetapkan hala tujunya.


Pembentukan JK SPJPP kebangsaan buat kali pertama


Rupanya bukan mudah dan senang dalam menggerakkan JK seperti ini, apatah lagi ianya cadangan daripada peringkat bawah dan hendak di tunjolkan di atas (tidak seperti tertubuhnya MASKOM). Apatah lagi bila memikirkan bajet (besar harapan semasa itu, bajet dapat di turunkan secara khusus atas sekretariat dan JPP di kolej2 seluruh Malaysia).


Mesyuarat penyediaan dan pemohonan Bajet bagi aktiviti 2009 yang dijalankan di Kuala Terengganu pada tahun 2008


Alhamdulillah...usaha teman-teman dalam SPJPP akhirnya membuahkan hasil apabila sejak 2008 dan baru nie pada 28 Nov 2009 dijemput untuk sama2 menyediakan bajet bagi keperluan aktiviti-aktiviti pelajar dan juga peningkatan ilmu dan pengetahuan penyelaras JPP menerusi kursus dan latihan.


Pada saya, sekretariat ini juga mendapat pengiktirafan bilamana kita juga diperuntukkan bajet bagi menjalankan mesyuarat SPJPP Kebangsaan sebanyak 2 kali setahun. Dengan adanya mesyuarat seperti ini, insyallah kita akan dapat menyusun dengan lebih baik aktiviti dan perjalanan operasi sekretariat.

Walaubagaimana pun, seperti yang saya maksudkan di awal tadi, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dalam memperkasakan SPJPP ini agar penubuhan ini memberi manafaat kepada kita semua terutama dalam membentuk jatidiri, sahsiah serta kepimpinan pelajar kita. Beberapa skop yang mungkin saya dapat gariskan disini untuk dipertimbangkan pada masa hadapan :-

1. Penyediaan garis panduan pelaksanaan aktiviti/program pelajar.
ini cukup penting agar kita ada garis panduan, had batasan, etika ketika menjalankan program pelajar. Garis panduan ini merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas menjalankan program agar ianya selari dengan ketetapan undang2 peraturan sedia ada malah lebih penting menepati kehendak syariah agar apa yang kita usahakan mendapat keberkatan dan redha daripada Nya.

2. Mewujudkan JK Khas Penasihat Syariah
Kita tidak mahu menjadikan matlamat menghalalkan cara. Jesteru dengan itu, kita harus mempunyai JK ini yang akan menjadi badan penasihat kepada kita secara lebih telus dan profesional.

3. Mewujudkan dan menjalinkan kerjasama dengan institusi lain diperingkat Kebangsaaan mahupun antarabangsa.

4. Mempromosikan SPJPP serta JPP dalam menaikkan imej Kolej Komuniti.

5. Menjalankan aktiviti pelajar berbentuk ala-apprentice serta menjalankan Pilihanraya kampus secara serentak.

Akhir kata, saya dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf, sekiranya sepanjang penglibatan saya ada yang tidak senang, terasa hati dengan saya. Saya telah cuba yang terbaik dan semampu yang saya boleh dan kekurangan itu atas kelemahan dan kekurangan diri saya.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua (dan mungkin ada nama2 yang tidak saya sebutkan diatas)...



Saya yakin dan percaya dengan kepimpinan JK yang baru serta sokongan daripada MHEP serta Bahagian Kebajikan Pelajar, JPKK, sekretariat kita akan lebih cemerlang lagi di masa hadapan.

terlalu banyak kenangan serta banyak yang dipelajari ketika kita bersama, semoga ianya menjadi kenangan abadi serta jalinan ukhwah yang kekal berpanjangan..


Sekian, terima kasih


salam ikhlas...salam ukhwah..salam 1 malaysia...




AzizolBinDuralim | AzreenaBintiAziz
x SPJPP (Kebangsaan & w.Utara)
191109@05.24am

Print this post

Related Posts by Categories



3 comments:

Anonymous 11/20/2009 05:59:00 PM  

salam...sedihnya....
mcm nak tinggalkan JPP jer.....
apa2 pn terima kasih.....hidup jpp kerana ketua pengerak yang mantap dan pemikiran jauh kedepan.
kami harap cepat habis belajar dan cepat laaa sertai kembali JPP ....hiudp...JPP.....
mila

Anonymous 11/25/2009 02:24:00 PM  

Salam Tuan Azizol,

huhu ni kira CTR je ekeke,,,
esok dah abis jawatan sedia menanti...
selamat menempuh alam persekolahan semula ...
:)

Faizal
KKSB

miemiezs 12/07/2009 11:23:00 AM  

salam ukhwah...salam 1 malaysia

alaihai sedihnye mimi baca post kt atas 2.Betul kata kak mila 2, mcm nk tinggal kan terus je JPP ni.Tp kitaorng kat sini sedia menanti kepulangan En Azizol nanti setelah tamat belajar.Harap apa yg diimpikan akan tercapai. Akhir kata dari mimi & wakil penyelaras JPP KK Jempol selamat menempuhi alam perkuliahan dan selamat maju jaya. :)

mimi
KKJN

Post a Comment

:: Post Terkini ::

About This Blog

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP